
SYUKUR ALHAMDULILLAH ANDA DIPILIH OLEH ALLAH SWT SEBAGAI PEWAQAF DAN PENYUMBANG UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK MISKIN
Waqaf ini boleh dihadiahkan kepada ibu, ayah dan ahli keluarga yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia sebagai saham akhirat mereka. Semoga amalan waqaf anda ini diterima Allah SWT dan pahalanya mengalir terus kepada penama yang diniatkan. Insyallah, Aamiin.
SKIM WAQAF & INFAQ
1. SKIM WAQAF TANAH UNIVERSITY COLLEGE BESTARI [ UCB ] SETIU, TERENGGANU
Menerusi skim ini orang ramai boleh membeli lot-lot tanah di kampus UCB seluas 320 ekar di Lot No. 3214 Mukim Tasik, Setiu, Terengganu dengan kadar RM 30.00 satu kaki persegi untuk diwaqafkan kepada PEYATIM. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu [ MAIDAM ] telah meluluskan pewaqafan ini pada 13 Julai 2009 menerusi surat kelulusannya MAIDAM 03-003/46-(11)
2. SKIM INFAQ TUNAI UNTUK TABUNG PENDIDIKAN YAWATIM
Menerusi skim ini orang ramai boleh berinfaq secara tunai kepada Tabung Amanah Pendidikan & Ekonomi Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Miskin YAWATIM. Dana ini digunakan untuk membiayai pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi anak-anak yatim dan anak-anak miskin.
GRADUAN DI BAWAH INSTITUSI -INSTITUSI PEYATIM YANG TELAH MENERIMA MANFAAT DARI DANA WAQAF PENDIDIKAN YAWATIM
LAFAZ NIAT WAQAF TANAH
" Dengan nama Allah saya bersetuju dengan ikhlas mewaqafkan semua lot yang dibeli setelah pembayaran berjaya diterima oleh PEYATIM bagi maksud membiayai keperluan kebajikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin di UCB, KTB dan IKB serta institusi-institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh PEYATIM sebagai waqaf untuk diri saya atau penama yang saya sebutkan "
LAFAZ NIAT INFAQ TUNAI & SUMBANGAN
" Dengan nama Allah saya bersetuju dengan ikhlas mewaqafkan wang tunai sebanyak yang tersebut kepada PEYATIM & YAWATIM untuk membiayai keperluan kebajikan, pendidikan dan pembangunan ekonomi anak-anak yatim dan anak-anak miskin yang diuruskan PEYATIM atau YAWATIM "