BERWAQAF BERSAMA YAWATIM

SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT

SYUKUR ALHAMDULILLAH ANDA DIPILIH OLEH ALLAH SWT SEBAGAI PEWAQAF DAN PENYUMBANG UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK MISKIN

Waqaf dan infaq boleh dihadiahkan kepada ibu, ayah dan ahli keluarga yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia sebagai saham akhirat mereka. Semoga amalan waqaf anda ini diterima Allah SWT dan pahalanya mengalir terus kepada penama yang diniatkan. Insyallah, Aamiin.


KELEBIHAN BERWAQAF

Ø  Ganjaran Pahala Yang Berkekalan

 

KELEBIHAN INFAQ / SEDEKAH

Ø  1 Digandakan 700



SKIM WAQAF & INFAQ

Bagi membangunkan dana untuk Dana Pendidikan Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Miskin YAWATIM. Orang ramai boleh berwaqaf dan berinfaq menerusi tiga skim berikut iaitu Waqaf Tanah University College Bestari ( UCB ) Setiu, Terengganu, Waqaf Tanah Waqaf Pembangunan Taman Rimba ASEAN (TRA) dan Infaq Tunai Untuk Dana Pendidikan YAWATIM.

 

1. SKIM WAQAF TANAH UNIVERSITY COLLEGE BESTARI [ UCB ] SETIU, TERENGGANU

Menerusi skim ini orang ramai boleh membeli lot-lot tanah di kampus UCB seluas 320 ekar di Lot No. 3214 Mukim Tasik, Setiu, Terengganu dengan kadar RM 30.00 satu kaki persegi untuk diwaqafkan kepada PEYATIM. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu [ MAIDAM ] telah meluluskan pewaqafan ini pada 13 Julai 2009 menerusi surat kelulusannya MAIDAM 03-003/46-(11)















GRADUAN DI BAWAH INSTITUSI -INSTITUSI PEYATIM YANG TELAH MENERIMA MANFAAT DARI DANA WAQAF PENDIDIKAN YAWATIM

2. SKIM WAQAF TANAH PEMBANGUNAN TAMAN RIMBA ASEAN (TRA)

Projek Taman Rimba ASEAN (TRA) adalah merupakan salah satu projek pembangunan sosio-ekonomi ummah berlandaskan prinsip Islam dan konsep waqaf. Pembangunan (TRA) melibatkan satu usahasama strategik di antara Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA), dan University College Bestari (UCB).

Bagi Fasa 1, Pembangunan Dana Waqaf untuk Projek TRA memperkenalkan skim waqaf pendidikan & waqaf ekonomi. Manfaat dari Waqaf Pendidikan ini akan digunakan untuk membiayai Pembangunan Akademi Pengajian Islam Anak Yatim Atau Miskin ASEAN [ APIA ] dan Pusat Tahfiz Keusahawanan ASEAN di Lot HSD1989, PT 1487, Mukim Jengal, Dungun Terengganu. Penjualan tanah untuk diwaqafkan ini telah mendapat kelulusan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) No : 03 – 025 / 3 / 12 (12 ) bertarikh 1 Januari 2023 dengan kadar RM 10.00  bagi setiap 1 kaki persegi.






TRA juga melibatkan projek bersepadu (integrated) yang merangkumi aspek keagamaan, pendidikan, ekonomi, keusahawanan, pertanian, pelancongan, pembangunan sosial dan kemasyarakatan. Pembangunan TRA juga merupakan satu kawasan pertumbuhan baru (New Growth Centre) di kawasan luar bandar yang akan memberi manfaat kepada rakyat negeri Terengganu khususnya dan Malaysia secara amnya. Tapak projek Taman Rimba ASEAN (TRA) ini melibatkan usahasama daripada ahli gabungan anak yatim atau miskin dari 8 buah negara ASEAN iaitu Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Kemboja, Vietnam dan Malaysia


3. SKIM INFAQ TUNAI UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Menerusi skim ini orang ramai boleh berinfaq secara tunai kepada Dana Pendidikan & Ekonomi Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Miskin YAWATIM. Dana ini digunakan untuk membiayai pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi anak-anak yatim dan anak-anak miskin.

Semoga dengan sedekah ikhlas ini diberikan ganjaran pahala dan rezeki berlipat kali ganda. Mari bersama-sama merebut peluang yang terbuka ini dengan mengeluarkan sedikit harta di jalan Allah SWT. Semoga kita menjadi sebahagian daripada asbab kepada kejayaan anak-anak yatim dan miskin ini.


LAFAZ NIAT WAQAF TANAH

" Dengan nama Allah saya bersetuju dengan ikhlas mewaqafkan semua lot yang dibeli setelah pembayaran berjaya diterima oleh PEYATIM bagi maksud membiayai keperluan kebajikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin di UCB, KTB dan IKB serta institusi-institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh PEYATIM sebagai waqaf untuk diri saya atau penama yang saya sebutkan "

 

LAFAZ NIAT INFAQ TUNAI & SUMBANGAN

 " Dengan nama Allah saya bersetuju dengan ikhlas mewaqafkan wang tunai sebanyak yang tersebut kepada PEYATIM & YAWATIM untuk membiayai keperluan kebajikan, pendidikan dan pembangunan ekonomi anak-anak yatim dan anak-anak miskin yang diuruskan PEYATIM atau YAWATIM "

 

Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya”.

(Hadis Riwayat Muslim)


Di setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita ada bahagian rezeki orang lain. Sesungguhnya Allah SWT meluaskan dan menyempitkan sebahagian rezeki hamba-Nya.

 

SUMBANGAN BOLEH DIBUAT

SECARA ONLINE DI SINI :



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Waqaf Tanah University College Bestari ( UCB ) Setiu, Terengganu
Waqaf Tanah Taman Rimba ASEAN ( TRA ) Dungun, Terengganu
Infaq Tunai Untuk Tabung Pendidikan YAWATIM
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

YAYASAN WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM ATAU MISKIN MALAYSIA
admin@yawatim.com
+60392846911